Saturday, December 17, 2011

JOM Pi ISK!!!



A: Jom lah gi ISK…

B: ISK??? Gapo dio pulok tuh??

A: Hmm..awak rasa?? (dengan mata berblink-blink)

B: (mengusap dagu sambil berfikir) I Sayang Kamu? Ikut Suka Kita?

A: Lagi?? Teka la lagi, teka laaa….(nada manja sambil menepuk-nepuk paha B)

B: Malaslah nak fikir..cakap je laa..ape diaa?? (nada sama seperti A)

A: Ini Sejarah Kita!! (Muka tersenyum dengan berseri-seri)

B: Hah? Sejarah?? Bosan gilerr!! Asal nak pi program tu? Comfirm tertidoq r nanti!

 A: Alaaa…belum pergi belum tahu..jom laa…kata BFF, sehati sejiwa..sentiasa bersama..

B: Tapi….(muka confuse)

A: Free je..x yah bayar pun, x rugi pun..comfirm!! (berkata dengan penuh yakin)

B: Betul ni??

A: Ya!! Saya yakin dan pasti awak takkan rugi!!

B: Klo gitu, jom!!

Angan-angan A terhenti….

Wah!! Besnye kalau aku boleh ajak semua sahabat-sahabat, adik-adik, kawan-kawan, rakan-rakan aku dengan semudah tu! Pujuk sikit je, semua nak ikut..beskan? Kan?? Tapi, bukan kita yang memilih siapa orang yang akan tergerak hati untuk menerima ajakan kita..Allah je yang berkuasa buat macam tu, kita ajak, tapi klo Allah cakap orang tu takkan pergi, makanya orang tu mmg comfirm! (berhenti sekejap) X kan datang..but, it’s okey la..kita dah berusaha, natijahnya bergantung kepada Allah…

Jadi, aku nak kongsi lah..pe yg aku dpt dlm program tu, don wori, aku bukan nak ckp pasl sejarah..sbb klo nak citer yg tu mmg comfirm x kan abes nak tulis  malam nih. So, aku nak cakap psl pe nih? Tajuk dah cakap sejarah, asal nak citer benda len plak? (Muka bingung sambil menggaru-garu kepala yang x gatal)
Taklah…bukan macam tu saudariku yang kusayangi kerana Allah, ISK bukannya semata-mata pasal sejarah semata-mata, tapi juga berkaitan dengan kita. Kan tajuknye INI SEJARAH KITA!! Jadi, aku nak kongsi pasal kita lah..walaupun pada hakikatnya, sejarah tu mmg de kaitan dengan kita..sbb pe?? Sbb kita Islam..sejarah Islam is sejarah kita..asal x sejarah melayu? Kita kan orang melayu? (lagi bingung nampaknye)

Sbbnye…(berfikir seketika)

Allah tak pandang kita ni kaum pe..melayu? cina? India? Tak de maknenye semua tu..so, Melayu x penting..apa yang penting?? (gaya wonderpets) Islam…bapak kita Islam..hah? bapak Islam?? Habis tu, mak ayah kita tu sape?? Mak ayah kita tu mak ayah kita lah..tapi, Islam tu bapak pertama, lagi tinggi daripada mak ayah kita, hubungan yang terbina atas persaudaraan Islam lagi kukuh dan teguh daripada hubungan darah..kenapa? x caye? Nak bukti?? Tengoklah kisah sahabat tyme perang Badar, ada anak yang sanggup bunuh bapak kandung! Sebab pe?? Sbb bapak dia tentera musyrikin..

alamak, tercerita pasal sejarah plak..td kata x nak ckp psl sejarah..ish3…sory2..

Emm, dah x tau nak tulis pe..tu je lah dulu setakat ni..klo nak tau lbh lanjut, dtglah ISK…
InsyaAllah, Sumpah Kool!!


ni graph yang penting!! egt betol2!



Friday, December 2, 2011

Kisah 4 Sahabat....



FOKUS PADA MISSION!
p/s : watak dan tempat dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Mission: Melepasi pintu gerbang Taman Ilmu untuk pulang ke rumah
Target: En. Penjaga Pintu, En Penjaga Pagar
Pelakon utama : Miss Fairytale, Miss sMouth, Miss Invisible, Miss Cry Baby.

Empat orang pelajar perempuan, Miss Invisible, Miss Cry Baby, Miss sMouth dan Miss Fairytale berjalan melintasi pintu pagar, dengan kuasa yang dimiliki oleh Miss Invisible, mereka mampu meng'ivisible'kan diri daripada penglihatan En. Penjaga Pintu. Apabila menyangka bahawa mission mereka hampir berjaya, tiba-tiba....

"Sis," Encik Penjaga Pintu memanggil mereka.

‘Alamak, terkantoi!’

Keempat-empat mereka menuju ke arah En. Penjaga Pintu, berjalan teragak-agak, tersipu-sipu malu..

 "Mana kad outing kamu?" tanya En. Penjaga Pintu kepada Miss Fairytale.

Miss Fairytale terpinga-pinga, buat muka tak tau..sambil memandang Miss-Miss yg len..kemudian, keempat-empatnya tersengih kepada En. Penjaga Pintu, menampakkan barisan gigi-gigi mereka yang putih lagi bersih dan bersinar.

“Sengih tu tak laku kat sini. Kalau tak ada kad outing, tak boleh balik!” tegas, En Penjaga Pintu menujukkan muka bengis mengalahkan singa lapar.

Miss Fairytale sedang sibuk bersembang dengan Mama Terchenta, lagaknya mengalahkan businessman terkaya di dunia yang sedang membincangkan hal perniagaan dengan klien. Salah satu taktik untuk menyelamatkan diri daripada disoal.

“Kamu nak balik ke mana?” En Penjaga Pintu memandang Miss Invisible.

“Errmmm..ermm..nak balik ke Wonderland,” Miss Invisible menjawab dengan teragak-agak, takut.

“Kamu?” En Penjaga Pintu memandang Miss sMouth pula.

“Saya balik ke The Golden Tree,” Miss sMouth menjawab, mukanya masih tenang..tapi jantungnya..dup, dup, dup..berdenyut sama pantas seperti kancil yang berlari kerana dikejar harimau.

Pandangan tajam En Penjaga Pintu menghala ke arah Miss Cry Baby, telepati berlaku, Miss Cry Baby bagaikan memahami persoalan En Penjaga Pintu.

“Sa..saya balik ke Cocoafield,” Miss Cry Baby berkata, mulutnya terketar-ketar..mukanya cuak.

“Ni?” En Penjaga Pintu memuncungkan mulutnya ke arah Miss Fairytale. Dia baru sahaja memutuskan panggilan.

“Lakestar,” Miss Fairytale menjawab pendek.

“Good, good..baguslah. Semua orang jauh, kalau I tak bagi keluar, you all nak buat apa?”

Empat orang makhluk Allah itu saling berpandangan. Tak tau nak kata apa..

“Itulah, lain kali sebelum balik, plan la betul-betul...bla...bla....bla.............” En Penjaga Pintu menyampaikan kata-kata keramatnya.

Keempat-empat miss itu mengangguk-angguk seperti burung belatuk, mendengar dengan penuh tabah dan pasrah.

Beberapa minit kemudian...

“Faham?” Akhirnya, kata-kata keramat En Penjaga Pintu sampai ke penghujungnya.

“Err..ya, ya...arigatok pak cik,” Miss Invisible berkata kepada En Penjaga Pintu.

“Allaaaaa....takkan tak boleh balliikk...” Miss Cry Baby mula bersuara, suaranya seperti budak kecik yang hampir nak menangis kerana impian teragungnya untuk pulang ke rumah tidak tercapai.

Kemudian, empat sahabat itu ingin berpatah balik ke hoStel penginapan mereka, Baitil Khadijah. Mereka perlu melalui The Field yang dipenuhi dengan jejaka-jejaka yang tampan lagi bergaya sedang bermain Kick Ball.

Sebelum berpatah balik...

“Tak boleh keluar ke?” suara garau kedengaran daripada belakang. Empat sahabat sejati itu memandang ke belakang.

‘Mr Silverman dan Mr Superman rupa-rupanya,’ Miss Fairytale berkata dalam hati.

 “Tak,” Miss sMouth menjawab, walaupun suaranya kuat tetapi hanya boleh didengari oleh Mr Silverman dan Mr Superman serta tiga sahabatnya sahaja. Miss sMouth boleh memilih orang tertentu yang boleh mendengar suaranya, itulah kelebihan Miss sMouth.

“Pintu lagi satu?” Mr Silverman bertanya lagi.

Miss Invisible memetik jari, “Betul, betul, betul,” seperti upin dan ipin lagaknya.

Dipendekkan cerita........

Seorang lelaki menaiki motornya yang osem melontarkan senyuman manis seperti coklat Cadbury kepada Miss Fairytale.

Miss Fairytale terfikir sesuatu, “Macam kennaall jeee...” dia mengurut dagunya yang tidak berjanggut.

“Jom try keluar ikut pintu gerbang LilMasjid,” Miss Cry Baby memberi cadangan.

“Tapi tadi Mr Silverman cakap ada En Penjaga Pagar,” Miss sMouth pula berkata.
“Tak pe, kita tengok dulu,” Miss Invisible memutuskan. Keempat-empat mereka berjalan ke arah pintu gerbang tersebut.

“Uish, En Penjaga Pagar tak ada lah,” Miss sMouth bersuara.

“Pintu gerbang tak dikunci!” Miss Cry Baby bersuara seperti baby. Dia ketawa gembira, ketawanya sebijik macam baby..

“Apa lagi, jom mulakan projek!” Miss Invisible berkata.

Miss Fairytale menghampiri pintu gerbang. Menggunakan kuasa yang dimiliki, dia menggerakkan tangannya seperti melukis bintang. Sebuah bintang yang berkaki dan bertangan muncul lalu membuka pintu gerbang itu.

“Bintang ni yang buka pintu, bukan aku,” Miss Fairytale berkata...baru dia teringat, rupa-rupanya lelaki yang menaiki motor osem sambil tersenyum kepadanya itulah En Penjaga Pagar.

Sebaik sahaja melangkah keluar daripada Taman Ilmu...

Yahooooo! Hoorayy!! Misssiion complete!!! Keempat-empat sahabt setia itu melompat gembira.

Final Destination :
Miss Invisible- Wonderland
Miss sMouth- Queen Paradise (rumah mak cik)
Miss Cry Baby- Cocoafield
Miss Fairytale- King Fruit (rumah nenek)

-The End-

Story told by : Miss Fairytale

************************************************

Walaupun citer tu cam mengarut, tapi de mesej yg aku nak sampaikan. N mungkin mesejnye x nampak kat dlm citer tu kot..tak pe, bg menambahkan kefahaman anda, aku explain..begini, Miss Fairytale sebenarnya nak balik ke rumahnya di Lakestar, tetapi akhirnya dia tiba di rumah neneknya di King Fruit. Rancangnya len tp jadiknya len..

Begitulah perancangan manusia, kadang-kadang, kita rancang len tup,tup benda len plak jadinye..benda yg x disangka-sangka pulah tuh..mungkin kita merancang tapi Allah jua yang menentukan. Allah jualah yang tahu apa akan terjadi pada hari esok, Allah jua lah yang tahu apa yang kita akan lakukan esok, Allah jualah yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Manusia merancang tetapi Allah itu Maha Merancang dan rancangannya itulah sebaik-baik rancangan buat manusia. Fahamkah? Aku rasa cam ayatnya berbelit-belit, tapi mungkin korang dpt msjnye kot..insyaAllah...

Tuesday, August 23, 2011

Titik Perkenalan Antara Aku dan Dia...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
“Hujung minggu ni ada daurah di masjid depan Sunway Pyramid. Siapa boleh datang?” murabbiku bertanya kepada aku dan juga akhawat yang lain. Namun, tiada seorang pun antara kami yang mengangkat tangan untuk pergi.

“Minggu depan, kitorang ada exam,” aku bersuara mewakili ahli usrahku yang lain.

“Owh, minggu depan exam, tapi sepatutnya dah prepare awal-awal kan? Baiklah, mungkin kali ni bukan rezeki adik-adik untuk pergi. Kalau boleh, lepas ni prepare awal-awal untuk exam supaya antunna tak terlepas program-program macam ni. Allah sedang menapis kita sekarang ni, jadi dalam setiap tapisan Allah itu, cuba fikirkan kenapa kita tidak terpilih? Kenapa kita tidak termasuk orang yang berjaya ditapis?” kata-katanya itu menusuk kalbu. Usrah kami berakhir ketika waktu tengah hari.

Malam itu, abangku menelefonku. Aku memberitahunya bahawa pada esok hari akan diadakan daurah bertajuk Ini Sejarah Kita (ISK).

“Kenapa tak pergi? Rugilah! ISK tu lah daurah yang paling terkesan di hati along. Jadi, kalau boleh, along nak adik-adik along rasa la apa yang along rasa. Pasal exam tu, memang lah tak dapat elak, tapi manalah tahu Allah nak tolong. Sebenarnya yang penting ialah kualiti, bukannya kuantiti. Manalah tahu, mungkin dalam kita belajar selama 1 jam tu, semua benda masuk dalam kepala. Bagi pendapat along la, kalau achik yakin achik akan manfaatkan sepenuhnya pada hujung minggu tu untuk belajar, then go on la, tapi kalau rasa cam lebih banyak tidur daripada belajar, better pergi daurah. Fikir-fikirkanlah,” panjang lebar abangku berbicara.

Aku mengambil keputusan untuk pergi. Tetapi, aku tidak mempunyai teman, maka aku menghantar mesej kepada seorang sahabatku. Alahamdulillah! Rupa-rupanya dia juga ingin pergi, cuma tidak berani untuk mengangkat tangan ketika ditanya kerana tiada sesiapa yang ingin pergi. Aku bertanya kepada murabbiku cara-cara untuk pergi ke masjid itu.

Ya Allah, aku pergi untuk mencari cintaMu, maka permudahkanlah urusan aku dan sahabatku untuk ke sana. Doaku di dalam hati.

Pada pukul 7.30 pagi keesokannya, aku dan juga sahabatku bertolak daripada asrama. Jika diikutkan peraturan sebenar, kami hanya dibenarkan untuk keluar pada pukul 9.00 pagi. Namun, Alhamdulillah, Allah melembutkan hati pengawal keselamatan yang menjaga pintu pada hari itu untuk mengizinkan kami pergi. Maka bermulalah pengembaraan kami.

Daripada UIA, kami menaiki bas menuju ke KL Sentral. Kami mengambil tiket ke Subang Jaya. Ketika menunggu KTM, aku melihat sekumpulan muslimah yang sedang membawa beg pakaian. Aku mengagak, kemungkinan besar arah tuju kami adalah sama. Di dalam KTM, aku dan juga sahabatku duduk bertentangan dengan dua orang di antara ahli kumpulan itu. Beberapa lama kemudian, kami berbual. Memang betul sangkaanku bahawa arah kami adalah sama.

Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi urusan kami. Berjalan bersama mereka dalam satu kumpulan membuatkan aku dan sahabatku berasa lebih selamat. Tidak lama kemudian, kami tiba di masjid itu. Aku bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan segala-galanya.

Aku berharap daurah ini akan membawa aku kepada cintaMu Ya Rabb...

Tuesday, August 16, 2011

Hijab itu pilihanku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Februari 2011...
“Jom pi KLCC, nak? Hujung minggu ni ada rehlah ngan senior,” sahabatku bertanya kepadaku. Tanpa berfikir panjang aku terus mengangguk kerana aku juga tiada apa-apa perancangan pada hujung minggu itu.

Maka, dengan izin Allah aku ke KLCC bersama dua orang sahabatku dan senior-senior yang lain. Ketika aku bersama mereka, entah kenapa buat pertama kalinya aku berasa malu. Kerana apa? Kerana aku berasakan bahawa tudung aku terlalu nipis dan memang nampak leher. Memang ramai yang memakai tudung seperti aku namun, mereka memakai 'inner' tudung di dalamnya.

Ketika ingin pulang, kami menaiki komuter. Aku berdiri berdekatan dengan seorang lelaki yang juga menyertai aktiviti tersebut. Di tangannya ada sebuah buku ilmiah, lagaknya seperti seorang yang sangat bagus, menggunakan masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat iaitu membaca. Ketika itu, aku semakin malu, tersangat malu dengannya dan juga semua yang berada di sekelilingku hanya kerana tudungku itu.

Maka, aku nekad untuk menukar tudungku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun mengambil masa yang agak lama.

Dulu, ketika di sekolah aku sering mengingatkan diriku bahawa tudung itu dipakai untuk menutup tiga benda iaitu rambut, leher dan dada. Jadi, jika aku memakai tudung tetapi salah satu anggota itu terdedah maka tiada makna untuk bertudung (ini hanya pendapat aku sendiri).



Sesungguhnya, hijab itu indah. Allah berfirman dalam Al-Quran, maksudnya,

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang” (Al-Ahzab:59)

Sudah terang nyata dan bersuluh, Allah memberitahu kita bahawa dengan berhijab akan melindungi diri kita. Betul! Aku berasa lebih selamat dengan melabuhkan tudungku. Namun, hijab itu bukan hanya terletak pada tudung sahaja. Seluruh anggota badan kita perlu dilindungi. 



Jadi, aku menyeru diri ini dan juga nisa' sekalian, lindungilah diri kita kerana kita amat-amat berharga. Jadilah seperti mawar yang berduri, yang sentiasa melindungi dirinya daripada dipetik oleh tangan-tangan yang kasar. Islam itu datang untuk mengangkat martabat wanita, jadi mengapa kita sendiri ingin menjatuhkannya? Fikir-fikirkanlah, tepuk dada tanya iman! Wassalam.. 


Saturday, August 6, 2011

Apabila kita redha...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Januari 2011, Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai..

Sedang aku bergembira bersama teman-teman, ibuku menelefonku, menyatakan bahawa aku mendapat surat tawaran ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa. Pada mulanya aku juga gembira kerana terpilih, tetapi apabila aku memikirkannya semula, jika aku menerima tawaran itu, aku akan terlepas peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Aku yakin dengan keputusan SPMku, aku mampu melanjutkan pengajian ke luar negara..namun, adakah itu satu kepastian?

Aku bertanya kepada teman-teman, perlukah aku menerimanya? Atau menolaknya? Ya Allah, apakah yang perlu aku lakukan? Maka, aku menunaikan solat istikharah, bertanya pendapat guruku, abangku, kakakku dan orang yang telah pun belajar di UIA..lalu, aku membuat kesimpulan untuk menolak. Aku gembira berada di kem itu bersama sahabat-sahabat baru dan sahabat lama yang telah berpisah selama dua tahun. Aku masih belum puas berbual bersama mereka, mengeratkan kembali ukhwah yang mungkin kian pudar..aku nekad, aku menolak!



29 Januari 2011
Aku mendaftar di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya..sejujurnya hatiku menolak tetapi, aku tidak mampu menghampakan harapan ibu bapaku. Mereka amat menginginkan aku masuk ke universiti itu. Maka, jiwaku kosong, tidak bersemangat untuk belajar, tidak fokus dan akhirnya..

Mei 2011
Keputusan untuk semester pertama dikeluarkan. Keputusanku? Fuh, nasib baik! Cukup-cukup makan! Aku hanya melepasi syarat kelayakan untuk membolehkan aku melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan..nasib baik lepas!

Aku merenung sejenak, kesilapanku..tidak serius dalam menuntut ilmu, sedangkan ini adalah amanah, aku sedang menggunakan duit rakyat untuk membiayai pengajiannku, mungkin Allah sedang mengajar aku, mengajar aku erti redha..apabila aku redha bahawa aku memang ditakdirkan untuk belajar di UIA, bukan di MSU atau Ireland, atau India atau mana-mana tempat, hatiku mula mampu menerima..satu demi satu ilmu itu mudah difahami, mudah diingati...ya, apabila kita redha..itulah yang berlaku..

Jadi sahabat-sahabat, apabila sesuatu berlaku tidak seperti yang kita harapkan, maka redha..itu ialah ubat terbaik kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah: 216)



Saturday, July 30, 2011

++KiSaH duLu-dULu++

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Aku mengimbau kembali kenangan lama, pada saat kali pertama aku mengenal erti ayat-ayat cinta daripada Allah..bermula saat itu, hatiku semakin kagum dengan kehebatan mukjizat yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w..

Oktober 2010...
"Angah, tengok Quran jap.." Aku meminta izin daripada kakakku untuk membelek Al-Quran tafsirnya yang berwarna ungu. Pelekat-pelekat berwarna yang ditampal pada Al-Quran itu menarik perhatianku..aku mula membelek, membaca maksud ayat-ayat yang selalu aku baca tanpa memahaminya..

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku..." (Al-Baqarah:186)

"Dan haiwan ternak telah diciptakan-Nya untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan" (An-Nahl:5)

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah....." (Al-Imran:110)

"Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam surga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun." (An-Nisa':124)

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi (berkurban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung, dengan minuman keras dan judi itu, setan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dan melaksanakan solat maka tidakkah kamu mahu berhenti?" (Al Maidah:90-91)

....Dan banyak lagi kata-kata Allah yang membuatkan aku sedar bahawa Allah telah memberitahu hambaNya segala-galanya melalui Al-Quran. Allah sentiasa dekat dengan hambaNya, Allah ajar hambaNya cara-cara untuk memanfaatkan haiwan, Allah memberitahu umat Islam ialah umat yang terbaik, Allah mengambil kira amalan umat Islam tanpa mengira jantina dan Allah meletakkan hukum haram bagi manusia meminum arak dan berjudi kerana perkara itu tidak berfaedah bagi manusia.Betapa Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk manusia..



Barulah aku sedar, Allah berkomunikasi dengan aku melalui Al-Quran..Allah berkomunikasi dengan manusia melalui Al-Quran dan manusia berkomunikasi dengan Allah melalui solat...

2011...
Aku mengikuti jejak kakakku, menggunakan pelekat berwarna..menanda ayat-ayat yang menambahkan kekaguman aku kepada Pencipta manusia...dan aku berharap akan ada insan yang terbuka pintu hatinya untuk mendalami Al-Quran..selepas membaca Al-Quranku..insyaAllah..

Tuesday, July 26, 2011

++iNgAtkAH kitA paDa ALLAH??++

Sejak kebelakangan ni hati rasa tak tng, rasa cam de smthg wrong je..diri ini tertanya-tanya, npe aku jadi camni? Apa yang x kena ngan aku nih?

Ana pun cek balik, mutabaah ana cmne?
Solat? Ok! Bacaan Al-Mathurat? Ok! Puasa? Ok! Bacaan Al-Quran? Ok!
Then, apa yang x kena? Ana terus b’fikir dan b’fikir dan b’fikir.....

Akhirnya, ana tersedar ttg sesuatu...apa?
Rupa-rupanya, da 2 minggu ana tak berada di taman-taman syurga..apa taman2 syurga tu? Majlis ilmu..mungkin krn kesibukan diri, atau mgkin jg krn ana sndiri yg x mau luangkan ms..ntah la, iman manusia, de turun dan naiknya..

Mungkin ni ‘alarm’ drpd Allah..apabila manusia da lme x dpt peringatan, dia akan lupa..krn manusia mmg mdh lupa...itu fitrah..
Itulah pentingnya shbt yg saling mengingatkan..

Sebaik shj ana knl pasti punca mslh, ana call shbt ana, nak dgr tazkirah drpd shbt..insyaAllah, akan t’ksn di hati...

“Allah sdg menguji enti, nak tgk sejauh mana enti igt Allah waktu enti sibuk,” ayat drpd shbt ana menusuk ke jntg..mmg t’kena tpt pada ana..



Ya, kadg2, apabila kita terlalu byk urusn b’kaitan dunia, kita lupa utk ingat Dia..sdgkan Dia sntiasa dkt dgn kita..hah? x caye? Nak bukti? Mai kita bk buku ayat-ayat cinta daripada Allah

“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (50:16)

Dah caya dah? Allah lg dkt ngan kita drpd urat leher kita sndiri? Camne tu? X dpt nk bygkn?  Betapa, hbtnya Allah kn? Allah mampu buat bnde yg sgt hbt, smpai kte pown x ley nk imagine cmne..

So, msg ana is, no matter how busy we are...we must spend our time to remember Allah! Mmg la kte solat, puasa, bc Al-Quran, tp kdg2 kte x hayati pe yg kte buat..sbb? Dah selalu sgt buat, jd krg penghayatan...

Sbb tu kne hadiri majlis ilmu, dgr peringatan supaya hati kte x prnh bosan utk beribadah kpd Allah..spye iman kte sntiasa mantap! Ingat, manusia mdh lupa..sbb tu la memerlukn peringatn..drpd mana nk dpt peringatan? Dgn mghadiri mjls ilmu...n byk lg sbnrnye..kte la yg kne cari..




"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung" (5:35)

wallahualam..stakt ni dlu 4 d fiz entry..may Allah bless us..
Assalamualaikum..