Saturday, July 30, 2011

++KiSaH duLu-dULu++

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Aku mengimbau kembali kenangan lama, pada saat kali pertama aku mengenal erti ayat-ayat cinta daripada Allah..bermula saat itu, hatiku semakin kagum dengan kehebatan mukjizat yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w..

Oktober 2010...
"Angah, tengok Quran jap.." Aku meminta izin daripada kakakku untuk membelek Al-Quran tafsirnya yang berwarna ungu. Pelekat-pelekat berwarna yang ditampal pada Al-Quran itu menarik perhatianku..aku mula membelek, membaca maksud ayat-ayat yang selalu aku baca tanpa memahaminya..

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku..." (Al-Baqarah:186)

"Dan haiwan ternak telah diciptakan-Nya untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan" (An-Nahl:5)

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah....." (Al-Imran:110)

"Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam surga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun." (An-Nisa':124)

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi (berkurban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung, dengan minuman keras dan judi itu, setan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dan melaksanakan solat maka tidakkah kamu mahu berhenti?" (Al Maidah:90-91)

....Dan banyak lagi kata-kata Allah yang membuatkan aku sedar bahawa Allah telah memberitahu hambaNya segala-galanya melalui Al-Quran. Allah sentiasa dekat dengan hambaNya, Allah ajar hambaNya cara-cara untuk memanfaatkan haiwan, Allah memberitahu umat Islam ialah umat yang terbaik, Allah mengambil kira amalan umat Islam tanpa mengira jantina dan Allah meletakkan hukum haram bagi manusia meminum arak dan berjudi kerana perkara itu tidak berfaedah bagi manusia.Betapa Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk manusia..



Barulah aku sedar, Allah berkomunikasi dengan aku melalui Al-Quran..Allah berkomunikasi dengan manusia melalui Al-Quran dan manusia berkomunikasi dengan Allah melalui solat...

2011...
Aku mengikuti jejak kakakku, menggunakan pelekat berwarna..menanda ayat-ayat yang menambahkan kekaguman aku kepada Pencipta manusia...dan aku berharap akan ada insan yang terbuka pintu hatinya untuk mendalami Al-Quran..selepas membaca Al-Quranku..insyaAllah..

No comments: