Monday, November 19, 2012

It's time to choose...


Assalamualaikum…huhhu..da lme blog kte menyepi kn?? So, mila share ckit lah..insyaAllah..

Hmm…just revise blk, knpe kita kne join usrah????
Utk dptkn tarbiyah..

ni logo u kita ;)

Knpe tarbiyah tu perlu?? Tgk sekeliling kita..msalah umat..mcm2 gejala social..corruption situ sini..gaduh..bunuh..knpe de mslh tu?? Sbb jauh drpd al-Quran..akidah x kukuh..krg kefahaman Islam..so, Islam makin lemah..non-Muslim takut nk msk Islam…

cm zaman Mekah kan?? Jahiliah berleluasa…so zaman Mekah dulu Rasulullah s.a.w buat pe?? Tarbiyah..usrah..pengukuhan akidah..now, we are imitating him..x rse bangga ke?? Kte sdg mengikut sunnah Rasulullah s.a.w..insyaAllah..tu setakat yg mila yakin..dan manusia perlu beramal brdskn pe yg dia yakin…so, bg mila sndiri..mila faham knape kte perlukan tarbiyah…

but of course usrah is not the only way..klo kte rse de cre len utk dptkn tarbiyah selain usrah, then we can go on with that way la..yes, kita de rehlah, daurah, muqayyam, mabit..etc..tp utk follow up yg berlanjutn kte perlukn usrah..utk sntiasa ingtkn kte, utk memastikn we are always on the right track, kte perlukn usrah…that’s why kte perlukan usrah…+ bnda2 tmbhn len mcm yg disebut td…sbb pe usrah sje x cukup??
Jom kte renung 10 muwasafat tarbiyah…paksi seorg individu muslim..tu yg kte nk bntuk dlm diri org yg ikut usrah nih…

detail pnye ley mnx ngan k.tila yep
Contoh 1 : Qawwiyul jismi…kte x ley dpt ni drpd usrah..so we need rehlah..
Contoh 2: Mutsaqqaful fikri…dlm usrah mngkin x ley nk cover sume..so we need daurah..

So, nk ckpnye..dgn join usrah sje x cukup nk dptkn 10 muwassafat tarbiyah tu…
Knpe kte nk 10 ciri tu?? Ble dlm diri kita de 10 ciri tu barulah complete kte sbgai seorng individu muslim, insyaAllah…

super muslim!! insyaAllah ley sumbg pd kbgkitan Islam..

So ble da de byk2 individu muslim ley la kte p ke next stage..baitul Muslim..dan seterusnya…nmpak x relationnya?? Fhm x knape kte kne p usrah?? Fhm x knape kte kne p gak program2 len??

Now..we have to decide..masa tuk kita memilih sdh tiba..mana yg perlu diutamakan..mana yg perlu ditinggalkan..yes, msg2 sibuk ngan urusan msg2..kte stdnt med..mmg kne tau uruskn masa...dlm situasi ni mila x boleh paksa spe2..mila hanya mampu ckp..the rest terserah pd diri msg2..moga Allah terus bg kebaikan pd kita, amin..insyaAllah..


maaf jika ada yg terluka...*senyum dan peace!!

Thursday, July 12, 2012

mujahadah itu payah...

Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..ya Allah, moga penulisan ini mendatangkan manfaat kepada hati-hati pembaca, moga penulisan ini menjadi asbab bagi diriku dan anda yang membaca untuk terus mendekatkan diri kepada Allah, mendambakan cinta dan kasih sayang daripadaNya, ya Allah, ikhlaskan hatiku menulis keranaMu..moga penulisan dari hati ini akan sampai pada hati-hati mereka..amin..

 saudari-saudariku, adik dan kakak..first of all, mila nak minta maaf sebab lambat meng'update' blog ni, sepatutnya mc perlu update blog as soon as possible after usrah, tapi mungkin sebab mila tak betul2 usahakan, luangkan masa untuk mengupdate, makanya amanah ini tergendala..so, asifah jiddan!!

sebenarnya, mila rasa tak perlu kot nak hurai balik ape yang mama terchenta kita sampaikan, sebab mila yakin sume faham kan? insyaAllah sume faham..cuma mungkin ade sikit yang mila rasa mila perlu highlight semula sebagai peringatan kita bersama, insyaAllah...

surah al-A'raf :
"(Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (7:16-17)  

"Dan dia (setan) bersumpah kepada keduanya, "Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu," (7: 21)

Syaitan akan cuba sedaya upaya untuk menyesatkan manusia, menjauhkan kita daripada Allah, melalaikan kita dengan aktiviti-aktiviti dunia..kita sedang diuji..sejauh mana tanpa usrah kita mampu bermujahadah beramal dengan mutaba'ah kita, sejauh mana kita mampu mengekalkan ukhwah antara kita..mila honestly, minggu pertama x berusrah ok lagi..minggu kedua rasa cam dah pelik dah..minggu ketiga, minggu ni..mila rasa kekurangan sesuatu...kekosongan hati, ya..mungkin itu kekosongan hati..

honestly, lately, it's very hard for me to maintain mutaba'ah, it's very hard to one extant that mila kne paksa diri, paksa hati untuk buat amalan2 tu..tarbiyah yang sebenar memang apabila kita berada di luar usrah..and alhamdulillah, setakat ni Allah masih bagi kekuatan (walaupun tak complete)..but still it's not easy..mila tak tahu apa akan jadi esok, lusa..adakah hidayah Allah tu masih lagi akan singgah di hati mila?? adakah Allah akan terus bagi kekuatan kepada mila untuk lakukan semua tu..mila tak pasti apa yang antunna rasa..tapi mila yakin, mesti akan ada secebis rasa kekosongan di hati antunna kan??

apa2 pun, mila harap kita sme2 usaha..mantapkan iman, teguhkan hati, tambahkan amal especially dah nak dkat Ramadhan..preparation for Ramadhan dah berapa banyak? bersediakah kita untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia itu?

kepada mama terchenta, kak Izzati..doakanlah supaya akan ada pengganti k.Izzati dalam masa terdekat..insyaAllah...one more thing, mujahadah itu payah kerana jannah itu indah..(^_^) salam sayang buat sahabat..



Friday, April 13, 2012

TAFSIR SURAH AL FALAQ

Salam ukhuwah. First time tulis blog ni kekok sikit.Insya Allah minggu ni Usrah An-Nisa nak kongsi tafsir surah Al-Falaq dan kisah-kisah suka, duka dan menggemparkan semasa hari kejadian usrah minggu lepas.

Seperti yang kita sedia maklum Malaysia dikejutkan dengan gempa 8.9 skala ritcher dan gempa susulan 8.7. Rasa bergoyang-goyang. Adakah ini petanda dari-Nya? Fikir-fikirkanlah. Tapi Alhamdulillah, jalan jugak program usrah kita hari tu.

Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah yang tergolong surah Makkiyah selepas Surah Al-Fiil. Surah ini mengandungi lima ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke 113


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
  2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
  3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
  4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
  5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.


Kisah Penurunan Surah


Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda). Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq danSurah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)
Menurut Abdullah Yusuf Ali, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad s.a.w., terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.


Kat sini nak highlight ayat yang ke-3 "Dari bahaya gelap apabila ia masuk"
Malam. Yang. Penuh. Misteri. Waktu malam ni lah yag banyak berlaku kejahatan. Setuju tak? Selalunya malam-malam la si tok bomoh duk panggil jin, manusia pi disko ke, merompak ke, dan sebagainya. Sepatutnya waktu malam yang dikurniakan kepada kita dioptimumkan seperti mana yang Islam anjurkan. 

Aktiviti Waktu Malam Yang Sepatutnya:

  • Berehat selepas seharian penat bekerja
  • Beribadat, tafakkur dan tadabbur kebesaran Allah SWT
  • Meluangkan masa untuk keluarga
Selain tu, kita dinasihatkan supaya tidak tidur terlalu lewat kerana dikhuatiri kita akan mengabaikan tanggungjawab kita terhadap orang lain pada keesokkan harinya. 

Hari tu kita ada jugak kongsi pasal Solat Sunat Dhuha.Solat Sunat Dhuha ni ialah magnet rezeki untuk kita semua.. Sama-samalah kita amalkan sebab Solat Dhuha ni salah satu sunah terbesar Rasulullah s.a.w








Friday, March 30, 2012





 
  Usrah : 25/3/2012
InsyaAllah,hari ni wani nk kongsi skit pasal usrah minggu lepas iaitu sperti yang tentera di kaca laptop anda......
minggu ni kak wan x berapa, sihat..
jd usrah berjalan spt biasa tnpa kehadiran  kak wan....  ni tajuk minggu lepas...
 MUWASAFAT TARBIYAH.....
 apa dia muwasafat tarbiyah nie?
muwasafat tarbiyah adalah  ciri2 peribadi muslim/seorang daie yand perlu dititikberatkan oleh setiap muslim dlm menjadi seorang muslim yang sempurna.dalam mempersiapkan diri  dalam perjuangan Islam, kita perlu memperbaiki diri agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga.
   2. IBADAH YANG BENAR
seorang muslim sentiasa improve IBADAH nya agar menjadi LEBIH BAIK...
ibadah yang benar nie merujuk kpd ibadah yang moderate iaitu tidak terlalu over....
cth:seseorang tu x de lar 24 jam duduk di atas sejadah( hanya mementingkan akhirat sehingga mengabaikan dunia...mengabaikan dunia di sini bermaksud kt mengbaikan  tggungjawab k di atas dunia...emmm,kita hanya menjaga hbngan dgn ALLAH JER... dgn manusia kita abai...emmm,nie salah dikk.. kt kena jaga dua2....cth:mu'tabaah yng kt laksanakan adalah cth terbaek....

3.  AKHLAK YANG BAIK
Akhlak mulia adalah buah iman yang terhunjam di lubuk hati nurani seorang manusia. Orang yang sempurna imannya semestinya  memiliki akhlak yang sempurna. Sebaliknya orang yang runtuh akhlaknya menunjukkan keruntuhan iman yang ada di dalam dadanya.

Akhlak mulia adalah ciri utama bagi setiap muslim yang beriman kerana hakikat iman itu apabila ia wujud di dalam hati maka ia mampu memelihara segala tindakan dan perbuatan seseorang. Malah orang yang beriman bahawa Allah Taala itu mengetahui segala perbuatannya dan dia yakin bahawa Allah Taala akan membalas segala perbuatan yang dilakukannya itu pada hari Akhirat sudah pasti dia tidak berani melanggar dan melakukan sebarang maksiat baik terhadap Allah seperti meninggalkan solat fardhu mahupun terhadap makhluk seperti mengambil hak orang lain.
Ini adalah berdasarkan kepada kesempurnaan akhlak dan keperibadian Baginda S.A.W yang tinggi. Jadi, manusia yang paling tinggi tingkatan keimanannya ialah manusia yang paling tinggi akhlak dan budi pekertinya sehingga ketika Saidatina 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha ditanya tentang akhlak dan sifat Baginda S.A.W, maka beliau menjawab :

"Akhlak Rasulullah S.A.W itu adalah Al-Qur'an"
(hadis riwayat muslim)

Maksudnya, Rasulullah S.A.W adalah memiliki akhlak yang paling tinggi seperti yang diterangkan di dalam al-Qur'an kerana Baginda S.A.W telah mengamalkan segala sifat-sifat kemuliaan yang diperintahkan di dalam Al-Qur'an dan Baginda S.A.W telah meninggalkan segala sifat-sifat kecelaan yang telah dilarang di dalam Al-Qur'an. Maka di sini, yakin dan percayalah bahawa Rasulullah S.A.W itu merupakan contoh tauladan yang hidup kepada segala akhlak mulia yang dikehendaki di dalam Al-Qur'an.

Ketinggian dan kemuliaan akhlak Baginda S.A.W telah diakui oleh para sahabat, yang merupakan kawan malah diakui juga oleh musuh dan lawannya. Begitu banyak peristiwa-peristiwa yang mana disebutkan di dalam riwayat hidupnya. Apatah lagi bilamana Allah meyakinkan dan menegaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud :

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) berada di atas akhlak yang sangat agung (mulia)"
( surah al-Qalam : 4 )

Oleh itu, Allah Taala menyuruh kita sebagai umat kekasih-Nya supaya mengikuti kesemua akhlak yang ada pada diri Rasulullah S.A.W dan menjadikan baginda S.A.W itu sebagai ikutan dan teladan sepertimana disebutkan dalam firman-Nya yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi kamu semua pada diri Rasulullah itu merupakan contoh tauladan yang baik"
( surah al-Ahzab : 12 )

Begitulah sebagaimana dalam hadis Baginda S.A.W, yang mana telah dinyatakan di dalam sabdanya:

"bahawasanya aku ( Muhammad ) diutuskan ( oleh Allah Taala ) bagi menyempurnakan akhlak yang mulia"
( hadis riwayat malik di dalam muwatta' )
dipetik dr :broizzam.blogspot

5. INTELEK BERFIKIR
 kita perlu berpengaetahuan tentang islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya + bersumberkan kepada Al- Quran dan Hadis serta ulama yang thiqah. Pesan Imam al-Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
 
Selain itu, kita perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.