Salam ukhuwah. First time tulis blog ni kekok sikit.Insya Allah minggu ni Usrah An-Nisa nak kongsi tafsir surah Al-Falaq dan kisah-kisah suka, duka dan menggemparkan semasa hari kejadian usrah minggu lepas.
Seperti yang kita sedia maklum Malaysia dikejutkan dengan gempa 8.9 skala ritcher dan gempa susulan 8.7. Rasa bergoyang-goyang. Adakah ini petanda dari-Nya? Fikir-fikirkanlah. Tapi Alhamdulillah, jalan jugak program usrah kita hari tu.
Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah yang tergolong surah Makkiyah selepas Surah Al-Fiil. Surah ini mengandungi lima ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke 113
- Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
- Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
- Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
- Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
- Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
Kisah Penurunan Surah
Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda). Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq danSurah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)
Menurut Abdullah Yusuf Ali, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad s.a.w., terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.
Kat sini nak highlight ayat yang ke-3 "Dari bahaya gelap apabila ia masuk"
Malam. Yang. Penuh. Misteri. Waktu malam ni lah yag banyak berlaku kejahatan. Setuju tak? Selalunya malam-malam la si tok bomoh duk panggil jin, manusia pi disko ke, merompak ke, dan sebagainya. Sepatutnya waktu malam yang dikurniakan kepada kita dioptimumkan seperti mana yang Islam anjurkan.
Aktiviti Waktu Malam Yang Sepatutnya:
- Berehat selepas seharian penat bekerja
- Beribadat, tafakkur dan tadabbur kebesaran Allah SWT
- Meluangkan masa untuk keluarga
Selain tu, kita dinasihatkan supaya tidak tidur terlalu lewat kerana dikhuatiri kita akan mengabaikan tanggungjawab kita terhadap orang lain pada keesokkan harinya.
Hari tu kita ada jugak kongsi pasal Solat Sunat Dhuha.Solat Sunat Dhuha ni ialah magnet rezeki untuk kita semua.. Sama-samalah kita amalkan sebab Solat Dhuha ni salah satu sunah terbesar Rasulullah s.a.w
No comments:
Post a Comment