Friday, December 2, 2011

Kisah 4 Sahabat....



FOKUS PADA MISSION!
p/s : watak dan tempat dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Mission: Melepasi pintu gerbang Taman Ilmu untuk pulang ke rumah
Target: En. Penjaga Pintu, En Penjaga Pagar
Pelakon utama : Miss Fairytale, Miss sMouth, Miss Invisible, Miss Cry Baby.

Empat orang pelajar perempuan, Miss Invisible, Miss Cry Baby, Miss sMouth dan Miss Fairytale berjalan melintasi pintu pagar, dengan kuasa yang dimiliki oleh Miss Invisible, mereka mampu meng'ivisible'kan diri daripada penglihatan En. Penjaga Pintu. Apabila menyangka bahawa mission mereka hampir berjaya, tiba-tiba....

"Sis," Encik Penjaga Pintu memanggil mereka.

‘Alamak, terkantoi!’

Keempat-empat mereka menuju ke arah En. Penjaga Pintu, berjalan teragak-agak, tersipu-sipu malu..

 "Mana kad outing kamu?" tanya En. Penjaga Pintu kepada Miss Fairytale.

Miss Fairytale terpinga-pinga, buat muka tak tau..sambil memandang Miss-Miss yg len..kemudian, keempat-empatnya tersengih kepada En. Penjaga Pintu, menampakkan barisan gigi-gigi mereka yang putih lagi bersih dan bersinar.

“Sengih tu tak laku kat sini. Kalau tak ada kad outing, tak boleh balik!” tegas, En Penjaga Pintu menujukkan muka bengis mengalahkan singa lapar.

Miss Fairytale sedang sibuk bersembang dengan Mama Terchenta, lagaknya mengalahkan businessman terkaya di dunia yang sedang membincangkan hal perniagaan dengan klien. Salah satu taktik untuk menyelamatkan diri daripada disoal.

“Kamu nak balik ke mana?” En Penjaga Pintu memandang Miss Invisible.

“Errmmm..ermm..nak balik ke Wonderland,” Miss Invisible menjawab dengan teragak-agak, takut.

“Kamu?” En Penjaga Pintu memandang Miss sMouth pula.

“Saya balik ke The Golden Tree,” Miss sMouth menjawab, mukanya masih tenang..tapi jantungnya..dup, dup, dup..berdenyut sama pantas seperti kancil yang berlari kerana dikejar harimau.

Pandangan tajam En Penjaga Pintu menghala ke arah Miss Cry Baby, telepati berlaku, Miss Cry Baby bagaikan memahami persoalan En Penjaga Pintu.

“Sa..saya balik ke Cocoafield,” Miss Cry Baby berkata, mulutnya terketar-ketar..mukanya cuak.

“Ni?” En Penjaga Pintu memuncungkan mulutnya ke arah Miss Fairytale. Dia baru sahaja memutuskan panggilan.

“Lakestar,” Miss Fairytale menjawab pendek.

“Good, good..baguslah. Semua orang jauh, kalau I tak bagi keluar, you all nak buat apa?”

Empat orang makhluk Allah itu saling berpandangan. Tak tau nak kata apa..

“Itulah, lain kali sebelum balik, plan la betul-betul...bla...bla....bla.............” En Penjaga Pintu menyampaikan kata-kata keramatnya.

Keempat-empat miss itu mengangguk-angguk seperti burung belatuk, mendengar dengan penuh tabah dan pasrah.

Beberapa minit kemudian...

“Faham?” Akhirnya, kata-kata keramat En Penjaga Pintu sampai ke penghujungnya.

“Err..ya, ya...arigatok pak cik,” Miss Invisible berkata kepada En Penjaga Pintu.

“Allaaaaa....takkan tak boleh balliikk...” Miss Cry Baby mula bersuara, suaranya seperti budak kecik yang hampir nak menangis kerana impian teragungnya untuk pulang ke rumah tidak tercapai.

Kemudian, empat sahabat itu ingin berpatah balik ke hoStel penginapan mereka, Baitil Khadijah. Mereka perlu melalui The Field yang dipenuhi dengan jejaka-jejaka yang tampan lagi bergaya sedang bermain Kick Ball.

Sebelum berpatah balik...

“Tak boleh keluar ke?” suara garau kedengaran daripada belakang. Empat sahabat sejati itu memandang ke belakang.

‘Mr Silverman dan Mr Superman rupa-rupanya,’ Miss Fairytale berkata dalam hati.

 “Tak,” Miss sMouth menjawab, walaupun suaranya kuat tetapi hanya boleh didengari oleh Mr Silverman dan Mr Superman serta tiga sahabatnya sahaja. Miss sMouth boleh memilih orang tertentu yang boleh mendengar suaranya, itulah kelebihan Miss sMouth.

“Pintu lagi satu?” Mr Silverman bertanya lagi.

Miss Invisible memetik jari, “Betul, betul, betul,” seperti upin dan ipin lagaknya.

Dipendekkan cerita........

Seorang lelaki menaiki motornya yang osem melontarkan senyuman manis seperti coklat Cadbury kepada Miss Fairytale.

Miss Fairytale terfikir sesuatu, “Macam kennaall jeee...” dia mengurut dagunya yang tidak berjanggut.

“Jom try keluar ikut pintu gerbang LilMasjid,” Miss Cry Baby memberi cadangan.

“Tapi tadi Mr Silverman cakap ada En Penjaga Pagar,” Miss sMouth pula berkata.
“Tak pe, kita tengok dulu,” Miss Invisible memutuskan. Keempat-empat mereka berjalan ke arah pintu gerbang tersebut.

“Uish, En Penjaga Pagar tak ada lah,” Miss sMouth bersuara.

“Pintu gerbang tak dikunci!” Miss Cry Baby bersuara seperti baby. Dia ketawa gembira, ketawanya sebijik macam baby..

“Apa lagi, jom mulakan projek!” Miss Invisible berkata.

Miss Fairytale menghampiri pintu gerbang. Menggunakan kuasa yang dimiliki, dia menggerakkan tangannya seperti melukis bintang. Sebuah bintang yang berkaki dan bertangan muncul lalu membuka pintu gerbang itu.

“Bintang ni yang buka pintu, bukan aku,” Miss Fairytale berkata...baru dia teringat, rupa-rupanya lelaki yang menaiki motor osem sambil tersenyum kepadanya itulah En Penjaga Pagar.

Sebaik sahaja melangkah keluar daripada Taman Ilmu...

Yahooooo! Hoorayy!! Misssiion complete!!! Keempat-empat sahabt setia itu melompat gembira.

Final Destination :
Miss Invisible- Wonderland
Miss sMouth- Queen Paradise (rumah mak cik)
Miss Cry Baby- Cocoafield
Miss Fairytale- King Fruit (rumah nenek)

-The End-

Story told by : Miss Fairytale

************************************************

Walaupun citer tu cam mengarut, tapi de mesej yg aku nak sampaikan. N mungkin mesejnye x nampak kat dlm citer tu kot..tak pe, bg menambahkan kefahaman anda, aku explain..begini, Miss Fairytale sebenarnya nak balik ke rumahnya di Lakestar, tetapi akhirnya dia tiba di rumah neneknya di King Fruit. Rancangnya len tp jadiknya len..

Begitulah perancangan manusia, kadang-kadang, kita rancang len tup,tup benda len plak jadinye..benda yg x disangka-sangka pulah tuh..mungkin kita merancang tapi Allah jua yang menentukan. Allah jualah yang tahu apa akan terjadi pada hari esok, Allah jua lah yang tahu apa yang kita akan lakukan esok, Allah jualah yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Manusia merancang tetapi Allah itu Maha Merancang dan rancangannya itulah sebaik-baik rancangan buat manusia. Fahamkah? Aku rasa cam ayatnya berbelit-belit, tapi mungkin korang dpt msjnye kot..insyaAllah...

Tuesday, August 23, 2011

Titik Perkenalan Antara Aku dan Dia...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
“Hujung minggu ni ada daurah di masjid depan Sunway Pyramid. Siapa boleh datang?” murabbiku bertanya kepada aku dan juga akhawat yang lain. Namun, tiada seorang pun antara kami yang mengangkat tangan untuk pergi.

“Minggu depan, kitorang ada exam,” aku bersuara mewakili ahli usrahku yang lain.

“Owh, minggu depan exam, tapi sepatutnya dah prepare awal-awal kan? Baiklah, mungkin kali ni bukan rezeki adik-adik untuk pergi. Kalau boleh, lepas ni prepare awal-awal untuk exam supaya antunna tak terlepas program-program macam ni. Allah sedang menapis kita sekarang ni, jadi dalam setiap tapisan Allah itu, cuba fikirkan kenapa kita tidak terpilih? Kenapa kita tidak termasuk orang yang berjaya ditapis?” kata-katanya itu menusuk kalbu. Usrah kami berakhir ketika waktu tengah hari.

Malam itu, abangku menelefonku. Aku memberitahunya bahawa pada esok hari akan diadakan daurah bertajuk Ini Sejarah Kita (ISK).

“Kenapa tak pergi? Rugilah! ISK tu lah daurah yang paling terkesan di hati along. Jadi, kalau boleh, along nak adik-adik along rasa la apa yang along rasa. Pasal exam tu, memang lah tak dapat elak, tapi manalah tahu Allah nak tolong. Sebenarnya yang penting ialah kualiti, bukannya kuantiti. Manalah tahu, mungkin dalam kita belajar selama 1 jam tu, semua benda masuk dalam kepala. Bagi pendapat along la, kalau achik yakin achik akan manfaatkan sepenuhnya pada hujung minggu tu untuk belajar, then go on la, tapi kalau rasa cam lebih banyak tidur daripada belajar, better pergi daurah. Fikir-fikirkanlah,” panjang lebar abangku berbicara.

Aku mengambil keputusan untuk pergi. Tetapi, aku tidak mempunyai teman, maka aku menghantar mesej kepada seorang sahabatku. Alahamdulillah! Rupa-rupanya dia juga ingin pergi, cuma tidak berani untuk mengangkat tangan ketika ditanya kerana tiada sesiapa yang ingin pergi. Aku bertanya kepada murabbiku cara-cara untuk pergi ke masjid itu.

Ya Allah, aku pergi untuk mencari cintaMu, maka permudahkanlah urusan aku dan sahabatku untuk ke sana. Doaku di dalam hati.

Pada pukul 7.30 pagi keesokannya, aku dan juga sahabatku bertolak daripada asrama. Jika diikutkan peraturan sebenar, kami hanya dibenarkan untuk keluar pada pukul 9.00 pagi. Namun, Alhamdulillah, Allah melembutkan hati pengawal keselamatan yang menjaga pintu pada hari itu untuk mengizinkan kami pergi. Maka bermulalah pengembaraan kami.

Daripada UIA, kami menaiki bas menuju ke KL Sentral. Kami mengambil tiket ke Subang Jaya. Ketika menunggu KTM, aku melihat sekumpulan muslimah yang sedang membawa beg pakaian. Aku mengagak, kemungkinan besar arah tuju kami adalah sama. Di dalam KTM, aku dan juga sahabatku duduk bertentangan dengan dua orang di antara ahli kumpulan itu. Beberapa lama kemudian, kami berbual. Memang betul sangkaanku bahawa arah kami adalah sama.

Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi urusan kami. Berjalan bersama mereka dalam satu kumpulan membuatkan aku dan sahabatku berasa lebih selamat. Tidak lama kemudian, kami tiba di masjid itu. Aku bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan segala-galanya.

Aku berharap daurah ini akan membawa aku kepada cintaMu Ya Rabb...

Tuesday, August 16, 2011

Hijab itu pilihanku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Februari 2011...
“Jom pi KLCC, nak? Hujung minggu ni ada rehlah ngan senior,” sahabatku bertanya kepadaku. Tanpa berfikir panjang aku terus mengangguk kerana aku juga tiada apa-apa perancangan pada hujung minggu itu.

Maka, dengan izin Allah aku ke KLCC bersama dua orang sahabatku dan senior-senior yang lain. Ketika aku bersama mereka, entah kenapa buat pertama kalinya aku berasa malu. Kerana apa? Kerana aku berasakan bahawa tudung aku terlalu nipis dan memang nampak leher. Memang ramai yang memakai tudung seperti aku namun, mereka memakai 'inner' tudung di dalamnya.

Ketika ingin pulang, kami menaiki komuter. Aku berdiri berdekatan dengan seorang lelaki yang juga menyertai aktiviti tersebut. Di tangannya ada sebuah buku ilmiah, lagaknya seperti seorang yang sangat bagus, menggunakan masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat iaitu membaca. Ketika itu, aku semakin malu, tersangat malu dengannya dan juga semua yang berada di sekelilingku hanya kerana tudungku itu.

Maka, aku nekad untuk menukar tudungku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun mengambil masa yang agak lama.

Dulu, ketika di sekolah aku sering mengingatkan diriku bahawa tudung itu dipakai untuk menutup tiga benda iaitu rambut, leher dan dada. Jadi, jika aku memakai tudung tetapi salah satu anggota itu terdedah maka tiada makna untuk bertudung (ini hanya pendapat aku sendiri).



Sesungguhnya, hijab itu indah. Allah berfirman dalam Al-Quran, maksudnya,

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang” (Al-Ahzab:59)

Sudah terang nyata dan bersuluh, Allah memberitahu kita bahawa dengan berhijab akan melindungi diri kita. Betul! Aku berasa lebih selamat dengan melabuhkan tudungku. Namun, hijab itu bukan hanya terletak pada tudung sahaja. Seluruh anggota badan kita perlu dilindungi. 



Jadi, aku menyeru diri ini dan juga nisa' sekalian, lindungilah diri kita kerana kita amat-amat berharga. Jadilah seperti mawar yang berduri, yang sentiasa melindungi dirinya daripada dipetik oleh tangan-tangan yang kasar. Islam itu datang untuk mengangkat martabat wanita, jadi mengapa kita sendiri ingin menjatuhkannya? Fikir-fikirkanlah, tepuk dada tanya iman! Wassalam.. 


Saturday, August 6, 2011

Apabila kita redha...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Januari 2011, Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai..

Sedang aku bergembira bersama teman-teman, ibuku menelefonku, menyatakan bahawa aku mendapat surat tawaran ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa. Pada mulanya aku juga gembira kerana terpilih, tetapi apabila aku memikirkannya semula, jika aku menerima tawaran itu, aku akan terlepas peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Aku yakin dengan keputusan SPMku, aku mampu melanjutkan pengajian ke luar negara..namun, adakah itu satu kepastian?

Aku bertanya kepada teman-teman, perlukah aku menerimanya? Atau menolaknya? Ya Allah, apakah yang perlu aku lakukan? Maka, aku menunaikan solat istikharah, bertanya pendapat guruku, abangku, kakakku dan orang yang telah pun belajar di UIA..lalu, aku membuat kesimpulan untuk menolak. Aku gembira berada di kem itu bersama sahabat-sahabat baru dan sahabat lama yang telah berpisah selama dua tahun. Aku masih belum puas berbual bersama mereka, mengeratkan kembali ukhwah yang mungkin kian pudar..aku nekad, aku menolak!



29 Januari 2011
Aku mendaftar di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya..sejujurnya hatiku menolak tetapi, aku tidak mampu menghampakan harapan ibu bapaku. Mereka amat menginginkan aku masuk ke universiti itu. Maka, jiwaku kosong, tidak bersemangat untuk belajar, tidak fokus dan akhirnya..

Mei 2011
Keputusan untuk semester pertama dikeluarkan. Keputusanku? Fuh, nasib baik! Cukup-cukup makan! Aku hanya melepasi syarat kelayakan untuk membolehkan aku melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan..nasib baik lepas!

Aku merenung sejenak, kesilapanku..tidak serius dalam menuntut ilmu, sedangkan ini adalah amanah, aku sedang menggunakan duit rakyat untuk membiayai pengajiannku, mungkin Allah sedang mengajar aku, mengajar aku erti redha..apabila aku redha bahawa aku memang ditakdirkan untuk belajar di UIA, bukan di MSU atau Ireland, atau India atau mana-mana tempat, hatiku mula mampu menerima..satu demi satu ilmu itu mudah difahami, mudah diingati...ya, apabila kita redha..itulah yang berlaku..

Jadi sahabat-sahabat, apabila sesuatu berlaku tidak seperti yang kita harapkan, maka redha..itu ialah ubat terbaik kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

“....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah: 216)