Friday, April 13, 2012

TAFSIR SURAH AL FALAQ

Salam ukhuwah. First time tulis blog ni kekok sikit.Insya Allah minggu ni Usrah An-Nisa nak kongsi tafsir surah Al-Falaq dan kisah-kisah suka, duka dan menggemparkan semasa hari kejadian usrah minggu lepas.

Seperti yang kita sedia maklum Malaysia dikejutkan dengan gempa 8.9 skala ritcher dan gempa susulan 8.7. Rasa bergoyang-goyang. Adakah ini petanda dari-Nya? Fikir-fikirkanlah. Tapi Alhamdulillah, jalan jugak program usrah kita hari tu.

Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah yang tergolong surah Makkiyah selepas Surah Al-Fiil. Surah ini mengandungi lima ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke 113


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
  2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
  3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
  4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
  5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.


Kisah Penurunan Surah


Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda). Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq danSurah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)
Menurut Abdullah Yusuf Ali, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad s.a.w., terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.


Kat sini nak highlight ayat yang ke-3 "Dari bahaya gelap apabila ia masuk"
Malam. Yang. Penuh. Misteri. Waktu malam ni lah yag banyak berlaku kejahatan. Setuju tak? Selalunya malam-malam la si tok bomoh duk panggil jin, manusia pi disko ke, merompak ke, dan sebagainya. Sepatutnya waktu malam yang dikurniakan kepada kita dioptimumkan seperti mana yang Islam anjurkan. 

Aktiviti Waktu Malam Yang Sepatutnya:

  • Berehat selepas seharian penat bekerja
  • Beribadat, tafakkur dan tadabbur kebesaran Allah SWT
  • Meluangkan masa untuk keluarga
Selain tu, kita dinasihatkan supaya tidak tidur terlalu lewat kerana dikhuatiri kita akan mengabaikan tanggungjawab kita terhadap orang lain pada keesokkan harinya. 

Hari tu kita ada jugak kongsi pasal Solat Sunat Dhuha.Solat Sunat Dhuha ni ialah magnet rezeki untuk kita semua.. Sama-samalah kita amalkan sebab Solat Dhuha ni salah satu sunah terbesar Rasulullah s.a.w








Friday, March 30, 2012





 
  Usrah : 25/3/2012
InsyaAllah,hari ni wani nk kongsi skit pasal usrah minggu lepas iaitu sperti yang tentera di kaca laptop anda......
minggu ni kak wan x berapa, sihat..
jd usrah berjalan spt biasa tnpa kehadiran  kak wan....  ni tajuk minggu lepas...
 MUWASAFAT TARBIYAH.....
 apa dia muwasafat tarbiyah nie?
muwasafat tarbiyah adalah  ciri2 peribadi muslim/seorang daie yand perlu dititikberatkan oleh setiap muslim dlm menjadi seorang muslim yang sempurna.dalam mempersiapkan diri  dalam perjuangan Islam, kita perlu memperbaiki diri agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga.
   2. IBADAH YANG BENAR
seorang muslim sentiasa improve IBADAH nya agar menjadi LEBIH BAIK...
ibadah yang benar nie merujuk kpd ibadah yang moderate iaitu tidak terlalu over....
cth:seseorang tu x de lar 24 jam duduk di atas sejadah( hanya mementingkan akhirat sehingga mengabaikan dunia...mengabaikan dunia di sini bermaksud kt mengbaikan  tggungjawab k di atas dunia...emmm,kita hanya menjaga hbngan dgn ALLAH JER... dgn manusia kita abai...emmm,nie salah dikk.. kt kena jaga dua2....cth:mu'tabaah yng kt laksanakan adalah cth terbaek....

3.  AKHLAK YANG BAIK
Akhlak mulia adalah buah iman yang terhunjam di lubuk hati nurani seorang manusia. Orang yang sempurna imannya semestinya  memiliki akhlak yang sempurna. Sebaliknya orang yang runtuh akhlaknya menunjukkan keruntuhan iman yang ada di dalam dadanya.

Akhlak mulia adalah ciri utama bagi setiap muslim yang beriman kerana hakikat iman itu apabila ia wujud di dalam hati maka ia mampu memelihara segala tindakan dan perbuatan seseorang. Malah orang yang beriman bahawa Allah Taala itu mengetahui segala perbuatannya dan dia yakin bahawa Allah Taala akan membalas segala perbuatan yang dilakukannya itu pada hari Akhirat sudah pasti dia tidak berani melanggar dan melakukan sebarang maksiat baik terhadap Allah seperti meninggalkan solat fardhu mahupun terhadap makhluk seperti mengambil hak orang lain.
Ini adalah berdasarkan kepada kesempurnaan akhlak dan keperibadian Baginda S.A.W yang tinggi. Jadi, manusia yang paling tinggi tingkatan keimanannya ialah manusia yang paling tinggi akhlak dan budi pekertinya sehingga ketika Saidatina 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha ditanya tentang akhlak dan sifat Baginda S.A.W, maka beliau menjawab :

"Akhlak Rasulullah S.A.W itu adalah Al-Qur'an"
(hadis riwayat muslim)

Maksudnya, Rasulullah S.A.W adalah memiliki akhlak yang paling tinggi seperti yang diterangkan di dalam al-Qur'an kerana Baginda S.A.W telah mengamalkan segala sifat-sifat kemuliaan yang diperintahkan di dalam Al-Qur'an dan Baginda S.A.W telah meninggalkan segala sifat-sifat kecelaan yang telah dilarang di dalam Al-Qur'an. Maka di sini, yakin dan percayalah bahawa Rasulullah S.A.W itu merupakan contoh tauladan yang hidup kepada segala akhlak mulia yang dikehendaki di dalam Al-Qur'an.

Ketinggian dan kemuliaan akhlak Baginda S.A.W telah diakui oleh para sahabat, yang merupakan kawan malah diakui juga oleh musuh dan lawannya. Begitu banyak peristiwa-peristiwa yang mana disebutkan di dalam riwayat hidupnya. Apatah lagi bilamana Allah meyakinkan dan menegaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud :

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) berada di atas akhlak yang sangat agung (mulia)"
( surah al-Qalam : 4 )

Oleh itu, Allah Taala menyuruh kita sebagai umat kekasih-Nya supaya mengikuti kesemua akhlak yang ada pada diri Rasulullah S.A.W dan menjadikan baginda S.A.W itu sebagai ikutan dan teladan sepertimana disebutkan dalam firman-Nya yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi kamu semua pada diri Rasulullah itu merupakan contoh tauladan yang baik"
( surah al-Ahzab : 12 )

Begitulah sebagaimana dalam hadis Baginda S.A.W, yang mana telah dinyatakan di dalam sabdanya:

"bahawasanya aku ( Muhammad ) diutuskan ( oleh Allah Taala ) bagi menyempurnakan akhlak yang mulia"
( hadis riwayat malik di dalam muwatta' )
dipetik dr :broizzam.blogspot

5. INTELEK BERFIKIR
 kita perlu berpengaetahuan tentang islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya + bersumberkan kepada Al- Quran dan Hadis serta ulama yang thiqah. Pesan Imam al-Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
 
Selain itu, kita perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting. 
 
 



Tuesday, March 27, 2012

TAFSIR SURAH AN-NAS


      apa khabar diri?
  moga masih bernafas dalam kesyukuran kepada Illahi,
     apa khabar hati?
   moga masih sarat dengan cinta dan rindu yang tak bertepi,
     apa khabar iman?
      moga masih mekar menghiasi episod-episod hari.


alhamdulillah..dapat jugak merasa tulis blog:)

bulatan gembira last week sangat meriah,,tambah2 pulak dengan kehadiran siraj yang da lame cuti:)
usrah last week : tafsir surah An-Nas


dalam surah an-nas ni,kita dapat lihat ada beberapa sifat syaitan :
*membisikkan kejahatan kepada manusia*
*datang dan menghilang*

selain memohon perlindungn Allah s.w.t daripada bisikan syaitan, kita juga perlu memohon perlindungn Allah daripada syaitan manusia. hm,,siapa syaitan manusia?? syaitan manusia ni adalah manusia yang membisikkan kejahatan kepada temannya, menggoda temannya untuk melakukan maksiat kepada Allah. Astaghfirullah..moga2 kita bukanlah tergolong dalam spesies ni..moga dijauhkan,,
jelas juga dalam surah ini sifat syaitan yang datang dan menghilang,,modus operandi syaitan dalam membisikkan kejahatan dalam hati manusia ini adalah dengan bersembunyi dan menanti peluang,,sedarilah bahawa kita memberi peluang  itu kepada syaitan setiap kali kita lalai dari mengingati Allah,setiap kali kita meringan-ringankan suruhanNya contoh yang paling mudah ialah melewat-lewatkan solat..jadi,,setiap waktu,detik dan saat, jagalah pintu hati agar tak di 'ambush' oleh syaitan2 ini..jadikanlah iman sebagai perisai,,zikir sebagai alat kelengkapan dan doa sebagai senjata yang paling ampuh:) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pelindung......janganlah kita sombong untuk berdoa memohon perlindungan daripada Allah kerana merasa iman yang ada dah cukup ampuh dalam diri,,
kalimah Rabb dalam surah ini menerangkan Allah sebagai tuhan manusia,,tuhan yang melindung dan memelihara hambaNya yang benar-benar berharap akan perlindungannya,,Allah juga disifatkan dengan sifat Al-Malik iaitu raja..menjadi sifat raja untuk memiliki,menguasai dan menetapkan peraturan terhadap rakyatnya.. begitu juga dengan Allah yang memilik,menguasai hamba2Nya iaitu kita,,manakala perkataan Ilah pula merujuk kepada Allah yang disembah satu-satunya,,
jadilah hamba yang sentiasa mengharap kepada Allah,tuhan manusia,raja yang memiliki,menguasai dan menjadi sembahan manusia..sesungguhnya syaitan akan menjadi lemah apabila ditentang dengan ingatn kepada Allah dan hati yang sentiasa tertaut kepadaNya,,
Allah telah menjadikan untuk kita iman sebagai perisai,zikir sebagai kelengkapan dan doa sebagai senjata yang paling mantop sekali,,jadi,,kalau kita sebagai manusia mengabaikan dan mengambil ringan dengan apa yang telah Allah berikan ini,hmm..siapa yang patut dipersalahkan??syaitankah?ataupun diri kita sendiri,,sebagai orang yang faham,tahu dan sedar..kitalah yang salah dalam hal ini,,
sesungguhnya Allah telah memberi kebenaran kepada syaitan untuk menghasut dan menggoda manusia hingga ke penghujung kehidupan kerana Allah ingin menguji keimanan kita,,Maha Pengasihnya Allah,dia tidak biarkan kita terkapai-kapai dalam ujiannya tanpa apa2 yang dapat membantu kita.
so,,should we fight or disarmed?
well..you choose..
sesungguhnya besar ganjaran yang Allah janjikan buat mereka yang istiqamah dalam bermujahadah,,
mujahadatunnafs dan mujahadah melawan godaan2 dan bisikan2 syaitan laknatullah ini..
dan ketahuilah sesungguhnya,,Janji2 Allah itu benar :)

dari ibnu abbas R.A,katanya,sabda Rasulullah SAW:
Syaitan itu duduk mecangkung di atas hati manusia,apabila manusia menyebut Allahia akan mengundurkan diri,
dan apabila manusia lalai,ia akan membisikkan kejahatn...

RENUNG-RENUNGKAN..
DAN SELAMAT BERAMAL..:)












































Monday, March 12, 2012

Jihad itu osem!! (Part 2)



Alhamdulillah!! Tahniah kerana anda berjaya membuka page ini sekali lagi!! Alhamdulillah, moga ms yg dispendkan di hdpn blog nih dikira sebagai pengorbanan kita oleh Allah dlm memanTOPkan iman, inyaAllah..

K, mila sambung discussion kte..lps k.wan share psl tafsir surah an-nas..mila serah pd k.wan..(walaupun b4 that dbah citer dugaan dan rintangan yg penuh duri yg dilaluinya sepnjg perjlnn ke UIA, klo nak tau tnye dba..hihi)

Jom2 buka tafsir Quran..pi cek sndiri, mila mls nak type plak kali ni..surah at-taubah ayat 111..penting2!! mesti tgk..klo x buka terjemahan x ley bce yg bwh..(walaupun saya tdk memerhatikan anda tetapi Allah melihat anda..hehehehe..takwa!)


Ayat tu berkaitan psl BUSINESS cara Allah..in this case, 

                           
Allah (Pembeli) ---------------------> manusia (penjual)...manusia berfikir, lyk ke aku nak dpt byrn cm tu??
                           bayaran : syurga                                                            

solution : 
Cek surah 61 : 10-11, chek now!! If not now, maybe there is no other time!! (we are busy people)




      So, now..baru msk main topic! Tafsir Surah Al-Fil drpd tetamu istimewa!! K. IWA!!


 Intro: 4: 84.. “Maka berperanglah engkau (Muhammad) di jalan Allah, engkau tidaklah dibebani melainkan atas dirimu sendiri……”

-          Pi berperang WAJIB atas setiap individu!! (Nseb bek negara aman, Alhamdulillah)

Tapi, negara saudara kita x aman! Palestin, Syria..etc..so kte x yah join mereka berperang?? Klo situasinya cam tu, tuntutan tuk kita berperang dgn BUKU lg tinggi drpd berperng ngan manusia..ble da settle ngan BUKU (bila buku sudah koyak dek kerana terlalu tekun study dan anda graduate dgn cemerlang dan terbilang!!)..baru ley serang manusia plak..


TAPI, klo negara kita diserang, kita mesti STOP blajar dan SERANGGGGG!!! ALLAHUAKBAR!!! YEAH!!! (Semangat berkobar-kobar....honestly, mila pun x pasti mila berani atau x tuk berperang klo malaysia diserang T_T )..insyaAllah, moga2 semangat ini terus maintain!!

Climax usrah :

Rujuk surah Al-Fil..(105 : 1-5)

tentera Abrahah nak serang Ka’abah!!!! ALAMAK!! Ottoke???

Relax sudah..Allah kan dah janji, orang yang menentang Allah dan rasulNya akan diazab..

So, Allah hantar burung ababil dgn berbondong-bondong (banyak)..burung2 tu bw batu daripada api neraka, lalu batu itu dijatuhkan ke atas tentera Abrahah.. dan akhirnya, tentera Abrahah kalah, Gabenor Yaman yang jadik leader mati dgn keadaan yg hina..perumpamaannya spt daun-daun yang dimakn ulat..Nauzubillah…(x ley nak imagine betapa dahsyatnye batu2 yang dilemparkan itu - azab Allah)..
Bak kata k.iwa, klo kne tgn ley tembus tgn kita nih..huish, takut2..

*Klo nak tau lebih lanjut, bacalah tafsir al-Fil..huhu..


Relate ngan isu sekarg :
Palestin diserang, mana umat Islam sekarg?? Study?? Hehe, I don’t think sume study..

Syria, umat Islam dibunuh oleh umat Islam sendiri..

So, nak buat pe?? Nak tunggu burung ababil dtg?? Tyme tentera Abrahah tu sebelum kedatangan Islam, sbb tu Allah hantar burung sebagai tentera..tp kte sekrang, umat Islam ramai, tapi KENAPA??? KENAPA UMAT ISLAM TERUS DITINDAS????
Sebab kte TAK BERSATU!! Doa itu senjata kita, jadi setiap kali selepas solat, jgn lupa doa..moga Allah menyatukan hati kita semua..umat Islam..amin..

n kita juga, usrahmate..moga Allah menyatukan hati kita, amin..

JOM BERJIHAD DGN BUKU!! SEBAB HADIAH JIHAD ITU OSEM!!!!